BALOK, 3 JULAI 2020 – PRIHATIN dengan kesusahan yang dialami, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini tampil menyalurkan sumbangan kepada 100 orang nelayan di sekitar Balok, Pahang di bawah Program Inspirasi Musaadah YaPEIM.
Para nelayan yang terdiri dari golongan B40 dan asnaf ini telah dikenalpasti melalui pimpinan masyarakat setempat serta kerjasama dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) Cawangan Pahang menerima sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung dan lain-lain.
Sumbangan telah disampaikan oleh YB Tn Hj Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Agama).
Turut hadir bersama ialah Pn Parihah Hasan, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, YB Tuan Andansura Rabu, ADUN Beserah, Cik Faridah Ahmad, Timbalan Pengarah (II) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) Cawangan Pahang serta Pengurusan Utama YaPEIM.
Salah seorang penerima, En Shahir Bin Kamil, 65 tahun dari Kg Balok Pantai, menyatakan syukur atas sumbangan yang diberikan.
” Punca pendapatan saya terjejas akibat Covid- 19 yang melanda ketika ini”, katanya. Beliau yang telah menjadi nelayan lebih 20 tahun terjejas punca pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) kerana keterbatasan dalam menjalankan aktiviti nelayannya.
Program Inspirasi Musaadah Covid 19 YaPEIM merupakan kesinambungan dari Program Foodbank YaPEIM 2.0 yang komponen utamanya adalah Program Musaadah Ramadhan YaPEIM, Program Musaadah COVID19 yang dilaksanakan sebelum ini dengan memperuntukkan sejumlah RM4 juta bagi pelaksanaan Tahun 2020 ini.