300 warga kerja YaPEIM dan keluarga meriahkan Fun Run/Walk

21 Julai 2024 – Kira-kira 300 peserta terdiri daripada warga kerja YaPEIM dan ahli keluarga memeriahkan aktiviti Fun Run/Walk YaPEIM 4.0 awal pagi ini sempena sambutan ulang tahun YaPEIM ke-40.

Aktiviti yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur itu bermula jam 7 pagi dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) YaPEIM Datuk Mohd Radzif bin Mohd Yunus serta ahli LPA Profesor Dato’ Dr Saadiah binti Mohamad dan Tuan Khairul Faiz bin Morat@Abd Morat.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed dan pengurusan utama YaPEIM.

Majlis turut diselingkan dengan aktiviti regangan dan senam aerobik sebelum sesi pelepasan peserta yang disempurnakan Datuk Mohd Radzif dan Tuan Haji Ameer Ali pada 7.30 pagi.

Penganjuran Fun Run/Walk YaPEIM 4.0 ini bertujuan memeriahkan sambutan ulang tahun YaPEIM ke-40 selain menerapkan amalan dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga YaPEIM, sambil mengeratkan lagi hubungan dan meningkatkan lagi semangat dan motivasi.

Peserta perlu menghabiskan larian sejauh 4 kilometer dan mengemukakan catatan masa larian kepada penganjur sebelum boleh menuntut pingat kejohanan.

Selain larian secara fizikal, larian ini turut dianjurkan secara ‘virtual’ bagi membolehkan warga kerja YaPEIM yang bertugas di cawangan menyertainya bersama.