Bota, 5 Ogos – Seramai 500 penerima dari kalangan keluarga miskin serta golongan asnaf menerima bantuan barangan keperluan asas pada program Inspirasi Musaadah COVID-19 di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Bakong dan Masjid Fadzullah, Telok Kepayang, di sini.
Sumbangan disampaikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berupa beras, minyak masak dan keperluan dapur itu sedikit sebanyak mengurangkan beban penerima.
Rata-rata penerima menzahirkan rasa syukur dengan pengagihan bantuan itu yang disifatkan tepat pada masanya.
Justeru, YaPEIM terus komited menyantuni kumpulan sasar daripada keluarga miskin, golongan B40, asnaf dan mereka yang memerlukan dengan lebih RM2.2 juta hingga kini sudah dibelanjakan melalui Tabung Amanah YaPEIM bagi program Foodbank YaPEIM 2.0 #MusaadahCovid19.
Turut hadir Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Puan Parihah Hasan; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa, Tuan Haji Zabidi Nasan serta barisan pengurusan tertinggi YaPEIM.