Kisah Kejayaan Mereka
Ayah saya Mat Zain Mamat dan ibu, Milah Deris. Ayah bekerja sendiri manakala ibu suri rumah tangga. Saya anak ke 5 dari 8 adik-beradik. Sejak kecil saya bercita-cita menjadi doktor. Cikgu sering bertanyakan kenapa saya hendak menjadi doktor.
Jawab saya: “Nak rawat orang sakit”. Itulah jawapan yang sering dari seorang budak yang baru setahun jagung. Impian itu mungkin terlalu tinggi ibarat langit dan bumi namun ia membakar semangat saya dari tadika hinggalah habis sekolah menengah. Bagi saya ilmu adalah sangat berharga kerana ia boleh meningkatkan maruah seorang insan bernama manusia.