Hutan Belum, 19 Disember – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyelusuri perjalanan dengan menaiki ‘boat house’ dalam usaha ziarah ke perkampungan Kampung Orang Asli Chion , di sini.
Perjalanan memakan masa hampir tiga jam menuju ke lokasi pemberian sumbangan namun semua itu tidak mematahkan semangat para sukarelawan YaPEIM dalam usaha untuk menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Misi kali ini diketuai Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan dan turut disertai pengurusan tertinggi YaPEIM dengan kerjasama daripada Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Perlis serta Alumni Universiti Utara Malaysia dan beberapa rakan strategik lain.
Program kali ini diselaras Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN) Perak ditunjangi Pengurusnya, Zulhelmie Mustafa serta wakil daripada Koperasi Ibadah Qurban YaPEIM Berhad, Koperasi Khairat Warga YaPEIM berhad, Ar Rahnu YaPEIM, PPYN Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Sejumlah 150 keluarga menerima sumbangan menerusi program kali ini dan semoga usaha ini memberi manfaat kepada penerima. Insya-Allah.
Terima kasih kepada semua penyumbang YaPEIM .