Subis, 19 September : Skuad Qaseh YaPEIM berkesempatan menyantuni tiga penerima di daerah Subis baru-baru ini.
Penerima pertama adalah Margerette Jakarta. Dahulu beliau bekerja sebagai sebagai tukang cuci di sebuah sekolah di pekan Bekenu dan telah berhenti.
Sekarang beliau menampung kehidupan seharian bersama anak-anaknya yang masih kecil dengan menjaga tandas awam di pekan Bekenu.
Lebih menyedihkan, suaminya yang bukan warganegara telah ditangkap dan ditahan oleh pihak berkuasa akibat tiada dokumen yang sah.
Penerima kedua pula adalah Muslih, lebih dikenali sebagai Pak Dani. Anaknya sebagai wakil penerima sumbangan. Beliau sebelum ini aktif sebagai anggota RELA terpaksa berehat awal akibat terkena serangan angin ahmar.
Penerima Ketiga pula adalah Huskiah Awang Gani. Beliau hidup berseorangan setelah pemergian ibunya. Segala keperluan hariannya kini dibantu oleh anak saudaranya yang datang melawat di kediamannya sekali sekala.
Saudara sekalian, kita semua berada di lautan yang sama, gelora yang sama, ombak yang sama, namun yang membezakan kita teraju yang kita guna dalam menghadapinya.
Pihak YaPEIM merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang Skim Potongan Gaji YaPEIM yang telah menyumbang kepada Tabung Amanah YaPEIM.
Sumbangan anda telah memberi sinar harapan kepada mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup mendepani ujian dan musibah yang mendatang.
Bantulah kami dalam memberikan maklumat berkaitan mereka yang memerlukan bantuan.
Untuk sumbangan ke Tabung YaPEIM boleh dibuat melalui :-
BIMB : 14023010000082 (Tabung Kebajikan Dan Pelajaran YaPEIM)
MBB : 564016103182 (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia)
BSN : 1410029864503006 (Tabung Kebajikan Pelajaran YaPEIM Skim Pembangunan YaPEIM)
Sumbangan Ikhlas Tuan dan Puan layak mendapat Pengecualian Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967