Ziarah keluarga ditimpa musibah kebakaran di Jasin

Sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka dijilat api dalam kebakaran yang berlaku pada jam 4 pagi beberapa hari yang lepas akibat litar pintas. Namun keluarga tersebut yg terdiri daripada sepasang suami isteri, anak serta seorang cucu bersyukur tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri Melaka dan Negeri Sembilan diwakili 3 Pegawai Komuniti YaPEIM telah menziarahi keluarga tersebut baru-baru ini.

Mereka memaklumkan bahawa kebakaran berlaku amat pantas sehingga mereka hanya sempat menyelamatkan diri.

Pihak YaPEIM telah menyampaikan sumbangan Inspirasi YaPEIM Prihatin berjumlah RM500 kepada En.Amir Hamzah bin MD Daud iaitu keluarga mangsa tersebut.

Keluarga ini menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YaPEIM kerana cakna dan mengambil serius dalam membantu masyarakat yang memerlukan.