Asnaf, pelajar miskin terima bantuan YaPEIM

19 Jun 2024 – Pengurusan YaPEIM pagi ini singgah di Seksyen 4 Bangi untuk meraikan Program Ibadah Qurban YaPEIM 2024.

Program yang dianjur dengan kerjasama Rumah Bakti Al-Kausar itu disempurnakan oleh Ketua Divisyen Tadbir Urus YaPEIM Encik Rozaidie bin Mustaffa.

Seramai 100 dalam kalangan asnaf menerima sumbangan daging qurban, 30 pelajar menerima bantuan tunai RM100 setiap seorang dan 30 keluarga menerima sumbangan Foodbank YaPEIM.

Rata-rata penerima manfaat menzahirkan kesyukuran atas sumbangan yang diterima yang disifatkan dapat meringankan beban masing-masing.

Untuk rekod, YaPEIM telah menyalurkan sumbangan RM1 juta untuk tahun ini bagi membolehkan Program Ibadah Qurban YaPEIM 2024 dilaksanakan di seluruh negara.

Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang Tabung Amanah YaPEIM kerana melalui sumbangan yang diterima dapatlah YaPEIM melaksanakan pelbagai program yang bermanfaat termasuk program ini.