YaPEIM anjur Program Infaq Qurban di Sabah

Sempena Hari Raya Aidiladha, YaPEIM menerusi Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Sabah telah melaksanakan Program Infaq Qurban YaPEIM 2024 bertempat di Masjid Al-Fattah Kg. Pulau Nunuyan Laut, Sandakan, Sabah baru-baru ini.

Program bermula dengan acara penyembelihan seekor lembu yang disumbangkan oleh YaPEIM dan proses melapah turut diadakan secara bergotong-royong dengan penglibatan orang-orang kampung.

188 pek bakul makanan YaPEIM dan daging segar telah diagihkan kepada penerima manfaat.

Program kali ini dirasmikan oleh Tn Hj Awang @ Musran bin Tawil, Timbalan Ketua Pengarah/Ketua Divisyen Perniagaan Kumpulan YaPEIM.

Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang Tabung Amanah YaPEIM kerana melalui sumbangan yang diterima dapatlah YaPEIM melaksanakan pelbagai program yang bermanfaat termasuk program ini.