Program Infaq Qurban YaPEIM bersama komuniti Kampung Kilang Berapi Utara, Merlimau

Kampung Kilang Berapi Utara, Merlimau telah dipilih oleh YaPEIM melalui Program Pembangunan Komuniti YaPEIM (PPKY) bagi pengagihan sumbangan bersempena sambutan Aidiladha baru-baru ini. Sumbangan berupa dua ekor lembu serta barangan foodbank kepada 50 penerima dan wang tunai menerusi program Inspirasi Prihatin YaPEIM kepada 5 penerima.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Pn. Jasni binti Othman, Ketua Divisyen Strategi & Transformasi YaPEIM bertempat di Madrasah Al-Amin, Kampung Kilang Berapi Utara, Merlimau. Turut hadir bersama Pengerusi Masjid Asy-Syujaah, Merlimau, En. Nor Hafiz bin Haron, Pengerusi Madrasah Al-Amin, Kampung Kilang Berapi Utara, Merlimau serta wakil penduduk.

Majlis dimulakan dengan upacara sembelihan dua ekor lembu secara gotong-royong oleh penduduk setempat. Kesepakatan mereka terzahir melalui kelancaran proses bermula dari sembelihan serta agihan kepada asnaf dan komuniti setempat.

Penerima manfaat menzahirkan kesyukuran diatas sumbangan YaPEIM secara tidak langsung membantu mereka dalam kelangsungan hidup.

Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang Tabung Amanah YaPEIM kerana melalui sumbangan yang diterima dapatlah YaPEIM melaksanakan pelbagai program yang bermanfaat termasuk program ini.