CEO YaPEIM kongsi pandangan dalam Sidang 3 Global MADANI Forum 2024

Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YaPEIM Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed hari ini berpeluang berkongsi pandangan selaku panelis ketiga dalam Sidang 3 Global MADANI Forum 2024 yang membincangkan tajuk ‘Strategies To Revive Islamic & Asian Civilizations in The Next 100 Years’ di ibu negara.

Turut sama, Menteri Sumber Manusia YB Steven Sim selaku panelis pertama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr Zulkifli bin Hasan selaku panelis kedua dan Kaunselor Hal Ehwal Agama Pejabat Kedutaan Republik Turkiye Dr Ahmet Temel.

Forum dikendali moderator Suzana binti Md Samsudi yang juga Felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Forum ini dianjur bersama oleh IKIM dan Wadah Pencerdasan Umat. Ia juga kolaborasi dengan YaPEIM dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Semoga idea yang dikongsi dalam forum ini dapat diterima dan dimanfaatkan demi pembangunan peradaban ummah.