PM – Pembangunan negara perlu seiring dengan nilai kemanusiaan

11 Julai 2024 – Perdana Menteri menegaskan nilai-nilai kemanusiaan jangan diketepikan dalam pembangunan negara.

YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim menekankan kerangka MADANI dalam konteks realiti mengambil kira kekuatan material dan keadaan sosiopolitik semasa.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama di Global Madani Forum 2024 di Kuala Lumpur pagi ini.

Forum ini berupa anjuran bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Wadah Pencerdasan Umat. YaPEIM dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berupa penaja bersama.

Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YaPEIM Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed hadir di sesi ucaptama tersebut.

Turut hadir, ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Tuan Khairul Faiz bin Morat @ Abd Morat.

YaPEIM juga turut diberi kesempatan membuka reruai Rakan Strategik Infaq dan reruai Ar Rahnu YaPEIM sepanjang dua hari forum berlangsung.