Alhamdulillah hari ini warga YaPEIM telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Sempena Ulang Tahun YaPEIM Ke-40.
Majlis yang bermula pada 10.30 pagi itu turut disertai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Datuk Mohd Radzif bin Mohd Yunus dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Encik Khairul Faiz bin Morat@Abd Morat.
Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed dan pengurusan utama YaPEIM.
Seusai solat hajat, bacaan surah Yasin dan doa, program diteruskan dengan sesi tazkirah oleh Ketua Seksyen Kepimpinan Pemikiran Dr Shamsul Azhar bin Yahya.
Ia disusuli dengan ucapan Datuk Mohd Radzif yang mengingatkan warga YaPEIM supaya berkhidmat dengan bersungguh-sungguh dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah demi memastikan YaPEIM memberi manfaat kepada kumpulan sasaran berdasarkan teras utamanya.
Majlis disudahi dengan acara potong kek dengan nyanyian lagu ‘Allah Selamatkan YaPEIM’. Semoga YaPEIM terus maju dan kekal relevan selamanya.