Sesi town hall YaPEIM 3/2024

30 Julai 2024 – Warga kerja YaPEIM petang ini hadir ke satu sesi town hall yang berkisar berkaitan perincian kepada pelaksanaan Pelan Transformasi Najjah.

Sesi penerangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YaPEIM Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed.

Juga mengambil bahagian ialah Ketua Divisyen Strategi & Transformasi Puan Jasni binti Othman dan Ketua Divisyen Sumber Daya Insani & Perkhidmatan Encik Nik Azlan bin Nik Abdullah.

Sesi taklimat dan dialog tersebut yang berlangsung selama 90 minit turut disiar menerusi platform dalam talian bagi diikuti warga kerja YaPEIM di cawangan serta anak-anak syarikat YaPEIM dan Ar-Rahnu YaPEIM.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang aktiviti Fun Run/Walk YaPEIM 4.0 sempena sambutan ulang tahun YaPEIM ke-40 yang diadakan pada 21 Julai baru-baru ini.