Kami ingin mempelawa permohonan daripada warganegara Malaysia tidak kurang daripada umur 40 tahun yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan secara kontrak sebagaimana yang berikut:
MAKLUMAT JAWATAN
Nama Perjawatan : Ketua Seksyen Syariah
Jawatan : Pengurus Eksekutif
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Professional
Gred Jawatan : PP5
Gaji : Min RM6,200.00 – Max RM10,700.00
Status Tawaran : Kontrak 2 tahun
DESKRIPSI TUGAS
- Bertanggungjawab membuat perancangan, pelaksanaan serta pemantauan
program/aktiviti/produk YaPEIM dan Kumpulan, bagi memenuhi keperluan Syariah
berpandukan nasihat Jawatankuasa Syariah. - Menjalankan tugas-tugas berkaitan selaku Sekretariat kepada Jawatankuasa Syariah.
- Menjalankan kajian ke atas isu-isu dan perkembangan semasa berkaitan Syariah untuk dilaksanakan di YaPEIM dan Kumpulan.
- Bertanggungjawab untuk mengenalpasti program penarafan serta menyediakan kaedah pemantauan terhadap pematuhan Syariah dalam pelaksanaan program/aktiviti/produk YaPEIM dan Kumpulan.
- Mengenalpasti, membangunkan dan menyampaikan (deliver) modul latihan berkaitan pematuhan Syariah secara korelasi dengan pelbagai bidang yang relevan dengan Kerjasama Seksyen-Seksyen/IMP/IBK yang berkaitan.
- Mengenalpasti dan mengawal isu-isu kritikal berkaitan pematuhan Syariah.
- Mengumpulkan maklumat dan cadangan berkaitan untuk mendapatkan nasihat dan keputusan daripada Jawatankuasa Syariah.
- Menyediakan panduan, maklumat atau SOP yang berkaitan untuk dijadikan rujukan dalaman YaPEIM dan Kumpulan.
- Hubungkait dalam organisasi termasuk penyelarasan tugas dengan fungsi pemantauan dan pematuhan dengan Kerjasama Seksyen Audit Dalaman.
- Menyelaraskan program dan aktiviti kerohanian/keagamaan untuk warga YaPEIM dan Kumpulan dengan kerjasama Seksyen Sumber Daya Insani dan Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi.
- Membangunkan petunjuk-petunjuk prestasi utama (key performance indicators) dengan Seksyen Perancangan dan Penyelerasan dan menyediakan strategi pelaksanaan untuk mencapai KPI.
- Menyediakan pelaporan berkala untuk pihak pengurusan, Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pemegang Amanah.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Lulus Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Pengajian Islam/ Syariah/ Muamalat/ Kewangan/ Perbankan Islam atau kelayakan yang setaraf dengannya.
- Berpengalaman minimum 7 tahun dalam bidang berkaitan pelaksanaan muamalat syariah, semakan audit pematuhan syariah, pembangunan dokumentasi dan proses kerja berkaitan pematuhan syariah.
- Mempunyai keperibadian dan perwatakan yang sesuai dengan tugasan pengawasan syariah.
- Berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang Fiqh Muamalat.
- Mempunyai pengetahuan dalam pelaksanaan perundangan dan syariah, pembangunan dokumentasi, pembangunan parameter dan modul latihan berkaitan pematuhan syariah
serta pengedaliannya. - Mempunyai kemahiran komunikasi dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan asas dalam Bahasa Arab.
- Warganegara Malaysia dan berumur tidak melebihi 55 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
CARA MEMOHON:
- Sila kemukakan salinan resume, kad pengenalan, sijil akademik dan transkrip serta sijil-sijil lain yang berkaitan melalui emel ke psy@yapeim.my.
- Sila pastikan alamat emel dan nombor telefon untuk dihubungi adalah yang terkini dan aktif.
- Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.
- Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan dibuat, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
- Tarikh tutup permohonan ialah pada 19 Ogos 2024.
Versi PDF -> Klik sini