Hampir 100 warga kerja YAPEIM sertai program Work Life Balance

11 September 2024 – Hampir 100 warga kerja di ibu pejabat YAPEIM, Petaling Jaya meluangkan masa petang ini mengikuti aktiviti senamrobik yang juga sebahagian daripada program Work Life Balance yang diperkenalkan pengurusan YAPEIM.

Aktiviti yang bermula kira-kira jam 5:15 petang turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed dan pengurusan YAPEIM.

Aktiviti yang dikendalikan Coach Faizal itu dilakukan di perkarangan ibu pejabat YAPEIM dan mengambil masa kira-kira 30 minit.

Program Work Life Balance ini dijadual diadakan setiap Rabu bertujuan mencari keseimbangan antara rutin kerja harian dan amalan gaya hidup sihat yang perlu diamalkan oleh setiap individu untuk kekal sihat baik secara fizikal mahupun mental yang seterusnya dapat meningkatkan produktiviti.

Penganjuran program ini juga sebahagian daripada usaha YAPEIM menyahut seruan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim bagi memeriahkan kempen bulan Malaysia Sihat.