YAPEIM dengan kerjasama PNB santuni pelajar mangsa banjir

Rantau Panjang, 13 Oktober 2024 – YAPEIM melalui Pejabat Pentadbiran YAPEIM Negeri Kelantan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menyantuni seramai 53 orang pelajar mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Sitok.

Turut hadir adalah pegawai daripada Pejabat Pendidikan Negeri Kelantan, Ketua Penolong Pengarah HEM JPNK En. Mohd Zuki Bin Abu Lipah serta wakil Timbalan Perancangan PPD Pasir Mas.

Seramai 53 orang pelajar mangsa banjir telah menerima sumbangan berupa kelengkapan sekolah bernilai RM100 dan juga wang tunai sebanyak RM100 bagi setiap pelajar. Jumlah keseluruhan sumbangan yang diagihkan adalah sebanyak RM10,600.

Selain itu, gimik serahan berjumlah RM55,000 turut disampaikan kepada pihak Pejabat Pendidikan Negeri Kelantan. Jumlah tersebut adalah keseluruhan sumbangan yang akan diserahkan kepada pelajar mangsa banjir di Rantau Panjang, Kelantan dan melibatkan seramai 275 orang penerima.

——————————————————————————————————————————————

Sumbangan kepada Tabung Amanah YaPEIM boleh dibuat melalui:-

Maybank Islamic: 5640 1610 3182 (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia)

Anda juga boleh berinfak menerusi pautan berikut :

https://qaseh.yapeim.my/senarai-kempen

Sumbangan bulanan melalui Direct Debit serendah RM10 :

https://infaqpay.my/go/yapeim

Loading