Pasukan Rumah Biru muncul juara Kejohanan Boling YAPEIM & Agensi 2024

19 Oktober 2024 – Kejohanan Boling YAPEIM & Agensi 2024 telah melabuhkan tirainya petang ini dimana dominasi Rumah Biru sukar digugat selepas diumum menjadi johan keseluruhan pertandingan.

Bagi kategori berpasukan lelaki, Rumah Biru mengungguli tempat pertama dengan markah keseluruhan berjumlah 2555 mata jatuhan pin mengatasi pencabar terdekat Rumah Hijau yang menduduki tempat kedua dengan mata keseluruhan berjumlah 2392 mata.

Bagi kategori berpasukan wanita pula, Rumah Hijau unggul di tempat pertama dengan markah keseluruhan 2119 mata menewaskan pencabar di tempat kedua iaitu Rumah Biru yang memperoleh 2038 mata.

Kejohanan tahunan ini turut menyaksikan Saudara Ridzuan bin Abas unggul selaku juara individu lelaki dengan 319 mata jatuhan pin manakala bagi kategori indvidu wanita diungguli Saudari Faridah binti Ishak dengan 268 mata. Bagi kategori veteran lelaki pula Saudara Muhamad Shafiq Sivakumar bin Abdullah diumum pemenang tempat pertama dengan 310 mata sementara Saudari Watinah binti Kandar @ Haji Yasin muncul juara kategori veteran wanita dengan 235 mata.

Kejayaan diraih Rumah Biru ini menyaksikan mereka membawa pulang piala pusingan selepas ditabal sebagai johan keseluruhan bagi kejohanan boling kali ini.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM, Tuan Haji Ir. Shatiri bin Mansor, Tuan Khairul Faiz Morat @ Abd Morat dan Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YAPEIM, Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed turut meluangkan masa hadir ke pusat boling di Summit USJ hari ini dan menyertai pertandingan bersama 86 peserta lain.