Timbalan Perdana Menteri lawat Bas Ar Rahnu YAPEIM

19 Oktober 2024 – Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa melawat ke Bas Ar Rahnu YAPEIM yang juga cawangan bergerak sempena Program Halal On Track (HOT) @ Pahang Darul Makmur yang dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP).

Program HOT ini berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang dan turut dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar serta Menteri Besar Pahang YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Program HOT bertujuan untuk melaksanakan pelbagai kaedah dan pendekatan yang lebih mesra industri dan memberikan sokongan yang diperlukan kepada usahawan.