Johor Bahru, 29 Oktober 2024 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) berkongsi sejarah serta kejayaan sepanjang 40 tahun penubuhan sebagai peneraju institusi pembangunan ekonomi Islam di Malaysia.
Ketua Divisyen Pengagihan YAPEIM, Puan Hajah Sharina binti Haji Ramli menjadi salah seorang panel dalam Kursus Kompetensi Diploma Kewangan Islam (DIF) yang turut dihadiri Puan Hamidah binti Ab Rahman (Timbalan Pengarah PMJB), Puan Roszita binti Jaffar (Ketua Jabatan Sokongan Akademik), barisan pengurusan dan pensyarah daripada Program Diploma Kewangan Islam, Diploma Keusahawanan dan Diploma Logistik di Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB).
Sinergi ini merupakan salah satu inisiatif YAPEIM membantu mempertingkatkan kualiti dan kebolehpasaran para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Turut hadir berkongsi kepakaran, Encik Mohamad Fozi bin Haji Tunggal (Pengurus Besar Koperasi YAPEIM Berhad), Encik Mohd Rozaidi bin Hamat (Ketua Pegawai Eksekutif YAPEIM Gold), Encik Mohd Rizuan bin Mahadi (Timbalan Pengurus Besar Operasi Koperasi YAPEIM Berhad), Puan Rahimah binti Nor Ali (Pengurus Wilayah Selatan) dan Encik Mohd Nabil Fikri bin Mustakim (Pengurus Negeri Johor).
Mari komited berinfak dan peroleh pahala setiap bulan secara berterusan melalui pautan berikut :
https://infaqpay.my/go/yapeim?referrer=PPYN007