Pada 15 dan 16 Januari 2025, Pengurusan dan Sekretariat YAPEIM telah bersama-sama menjayakan sesi Pelan Pembangunan Strategik Transformasi Budaya, sebuah langkah penting dalam membentuk hala tuju strategik organisasi.
Sesi ini turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM Tuan Abdul Khudus bin Mohd Naaim yang menyampaikan aspirasi beliau untuk memperkukuhkan peranan YAPEIM sebagai sebuah institusi pembangunan ekonomi Islam.
Komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam sesi ini mencerminkan tekad untuk merealisasikan transformasi budaya kerja yang lebih progresif, inklusif, dan dinamik demi mencapai visi dan misi organisasi.
Bersama kita melangkah ke hadapan, membina impak yang lebih besar untuk masyarakat!