Pasir Puteh, 18 Januari 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menerusi Pejabat Pentadbiran YAPEIM Negeri Kelantan telah dijemput bagi memeriahkan Program Santuni Madani anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
Program yang berlangsung di SMU (A) Diniah Permatang Rambai, Pasir Puteh turut dimeriahkan lagi dengan 23 agensi kerajaan Negeri Kelantan yang terlibat. Program yang berlangsung selama sehari itu dirasmikan oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program berlangsung adalah pameran agensi-agensi kerajaan, persembahan nasyid dan silat, serahan sumbangan bakul rahmah dan sukaneka.
Diharapkan dengan adanya program-program kerjasama antara agensi ini dapat mengeratkan lagi hubungan diantara agensi-agensi bagi menyantuni lebih ramai asnaf yang memerlukan.