YAPEIM Dengan Kerjasama Bursa Malaysia Santuni Mangsa Banjir

Rantau Panjang, 23 Januari 2025 – YAPEIM melalui Pusat Pentadbiran YAPEIM Negeri Kelantan telah bekerjasama dengan Angkatan  Pertahanan Awam (APM) Unit Rantau Panjang menyantuni seramai 250 orang mangsa banjir yang melibatkan 49 orang anggota APM dan 201 orang penduduk di 10 buah kampung yang terjejas akibat banjir.

Hasil kerjasama dengan Bursa Malaysia, pihak YAPEIM telah menyampaikan sumbangan foodbank berupa barangan kering kepada 250 orang penerima. Setiap pek foodbank bernilai RM100 dan jumlah keseluruhan sumbangan yang disampaikan adalah RM25,000.

Turut serta menyampaikan sumbangan LT. Kol (PA) Mohd Farid bin Ishak Timbalan Pengarah APM Negeri Kelantan, LT (PA) Mohd Rahimie bin Mat Lazin Pegawai Pertahanan Awam Unit Rantau Panjang dan LT. M Noorashikin binti Haron Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Unit Rantau Panjang. Mengiringi beliau adalah En. Nik Mohd Nurul Ihsan bin Salleh, Pengurus YAPEIM Wilayah Timur dan Che Nor Azila binti Che Ghani, Pengurus YAPEIM Negeri Kelantan.

Semoga sumbangan yang diberi dapat meringankan penduduk dan warga kerja JPAM dalam menguruskan kehidupan selepas banjir.

Mari komited berinfak dan peroleh pahala setiap bulan secara berterusan melalui pautan berikut : 

https://infaqpay.my/go/yapeim?referrer=PPYN010