YAPEIM Hulur Sumbangan RM7,200 Kepada Anak Yatim Kematian Bapa Kemalangan Maut

Kuala Nerus, 27 Januari 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan bantuan berjumlah RM7,200 kepada tiga orang anak yatim yang kematian bapa akibat kemalangan maut di Kampung Alur Tuman, Marang di bawah Program Sinar Kasih yang merupakan bantuan RM200 sebulan setiap seorang selama setahun.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM Tuan Abdul Khudus bin Mohd Naaim kepada Puan Nor Azizah binti Megat Mansor di rumahnya Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus.

Turut hadir Pengurus Wilayah Timur YAPEIM Encik Nik Mohd Nurul Ihsan bin Salleh dan Pengurus YAPEIM Negeri Terengganu Puan Kartina Binti Ahmad.

Sementara itu, Puan Azizah mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan YAPEIM yang menghulurkan sumbangan untuk anak-anaknya.

Sumbangan yang dihulurkan ini sedikit sebanyak membantu dan dapat digunakan untuk pendidikan dan keperluan harian anak-anak serta mengurangkan beban mereka sekeluarga kerana beliau hanya berniaga di kedai makan kecil-kecilan depan rumah dan tidak boleh sepenuhnya berniaga kerana sakit saraf di tangan.

Selain itu, Tuan Abdul Khudus mengambil peluang mengadakan sesi pertemuan santai bersama beberapa pegawai PPYN Terengganu, Pengurus Cawangan Ar Rahnu YAPEIM Kuala Terengganu dan Kuala Nerus untuk memberi amanat dan bimbingan bersama-sama bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja di YAPEIM.

Pihak YAPEIM merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang Skim Potongan Gaji YAPEIM yang telah menyumbang kepada Tabung Amanah YAPEIM Sumbangan anda telah memberi sinar harapan kepada mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup mendepani ujian dan musibah yang mendatang.

Bantulah kami dalam memberikan maklumat berkaitan mereka yang memerlukan bantuan.
Mari komited berinfaq dan peroleh pahala setiap bulan secara berterusan melalui pautan berikut :
https://infaqpay.my/go/yapeim?referrer=PPYN009