YAPEIM Prihatin : Program Sinar Kasih Bantuan Kebajikan Anak-Anak Yatim

Jerantut, 27 Januari 2025 – YAPEIM telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM12,000 kepada Puan Halimah binti Abu Bakar yang kehilangan suami akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Kemalangan berpunca daripada haiwan liar yang melintas secara tiba-tiba menyebabkan Allahyarham gagal mengawal motosikalnya dan terbabas.

Demi kelangsungan hidup, Puan Halimah yang mempunyai lima orang anak masih bersekolah mengambil upah menoreh getah di mana pendapatannya tidak menentu bergantung kepada keadaan cuaca dan harga getah semasa.

Simbolik serahan sumbangan menerusi Program Sinar Kasih ini disampaikan Puan Nor Khalilah Hanim binti Hamid, Pengurus YAPEIM Negeri Pahang.

Program Sinar Kasih bertujuan menyantuni anak-anak yang kehilangan ketua keluarga secara mengejut khususnya yang mengalami kemalangan dan musibah seperti kemalangan, kebakaran, mati lemas dan bencana alam.

Pihak YAPEIM merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang Skim Potongan Gaji YAPEIM yang telah menyumbang kepada Tabung Amanah YAPEIM.

Mari komited berinfak dan peroleh pahala setiap bulan secara berterusan melalui pautan berikut :
https://infaqpay.my/go/yapeim?referrer=PPYN008