YHSB meterai perjanjian bersama HSC

13 Februari 2025 – YAPEIM Holdings Sdn Bhd (YHSB) memeterai perjanjian pelesenan bersama He & She Coffee Sdn Bhd (HSCSB) di Menara Ochre, Putrajaya hari ini.

Dalam majlis menandatangani perjanjian pelesenan itu, YHSB diwakili Pengerusi Lembaga Pengarahnya Tuan Khairul Faiz bin Morat@Abd Morat sementara HSCSB diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Tuan Zulkiflee bin Yusof.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah YHSB Dato’ Kamel bin Mohamad dan Ketua Divisyen Kewangan YAPEIM Encik Azhar bin Ahmad Zaki, Ketua Pegawai Eksekutif YHSB Tuan Irwan bin A. Rahman dan Pengurus Pembangunan Perniagaannya Tuan Muhammad Taqiuddin bin Abd Rahim.

YHSB merupakan institusi milik penuh YAPEIM yang menjalankan pelbagai rangkaian perniagaan yang menjana keuntungan. Sementara HSCSB merupakan rangkaian perniagaan kafe yang mempunyai beberapa cawangan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.

Dengan pemeteraian perjanjian ini membolehkan HSCSB membuka satu lagi cawangan di Menara Ochre yang merupakan bangunan pentabiran dan operasi YAPEIM dan anak syarikat.