YAPEIM anjur Kursus Pengendalian Makanan dan Suntikan Tifoid di Pulau Pinang

27 Februari 2025 – Dalam mempersiapkan usahawan memaju dan mengembangkan perniagaan masing-masing, YAPEIM mengambil langkah proaktif dengan membantu kumpulan ini menerusi penganjuran Kursus Pengendalian Makanan dan Suntikan Tifoid secara percuma yang dianjurkan.

Program yang dianjur dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Masjid Al-Qahhar, Permatang Damar Laut di Bayan Lepas, semalam dihadiri 50 peserta dalam kalangan pelbagai latar belakang.

Kursus satu hari yang diselaraskan oleh Divisyen Pembangunan Sosioekonomi itu bertujuan bagi melatih dan melahirkan peserta secara lebih berdaya saing dalam mengendalikan perusahaan makanan masing-masing.

Sebelum ini YAPEIM turut menganjurkan program yang sama di Kuantan, Pahang, Tumpat, Kelantan dan Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lumpur dan, Merlimau, Melaka dan Bangi, Selangor.

Kursus ini juga adalah sebahagian daripada aktiviti yang terdapat dalam Projek Pembangunan Komuniti YAPEIM (PPKY) yang telah dilaksana di 11 buah negeri bertujuan membantu komuniti dan mencipta impak terhadap masyarakat setempat dalam pembangunan ekonomi, pendidikan dan kebajikan.

YAPEIM berharap program seumpama ini dapat memberi manfaat kepada peserta selain melahirkan pengendali makanan yang profesional.