Kenyataan Media : Ibu Pejabat YAPEIM Berpindah ke Menara Ochre, Putrajaya

PUTRAJAYA, 3 Mac 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) ingin memaklumkan bahawa Ibu Pejabat YAPEIM mula beroperasi di lokasi baharu di Menara Ochre @ Alamanda di Putrajaya pada hari ini, 3 Mac 2025.

Sebelum ini YAPEIM telah beroperasi hampir lima tahun di Mentari Business Park, Bandar Sunway di Petaling Jaya, iaitu sejak Julai 2020.

Perpindahan ke ibu pejabat yang baharu ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkukuhkan kecekapan operasi serta meningkatkan kemudahan perkhidmatan kepada masyarakat.

Segala urusan rasmi YAPEIM akan dijalankan di alamat berikut:
Z1-GF-4, Menara Ochre @ Alamanda,
No.2, Jalan Alamanda, Presint 1, 62000,
Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 03-80903900, atau e-mel kepada info@yapeim.my. YAPEIM mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan daripada semua pihak dan mengalu-alukan kunjungan ke ibu pejabat baharu kami.


Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Seksyen Komunikasi Korporat
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM)
E-mel: info@yapeim.my
Tel: 013-4165 201 (Ridzuan Abas), 019-244 0585 (Azim Fitri)