Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Nai’m bin Haji Mokhtar hari ini ke Pahang bersama agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama) bagi menyantuni mangsa banjir di Pekan dan Rompin.
YaPEIM hadir menyantuni sejumlah 300 keluarga mangsa bencana banjir di 2 daerah itu dengan pemberian Foodbank YaPEIM berjumlah RM30,000 yang disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Nai’m bin Haji Mokhtar.
Bantuan banjir ini dilakukan serta diselaraskan secara bersama dengan JAKIM, Tabung Haji, YADIM, Yayasan Waqaf Malaysia dan Yayasan Taqwa yang turut menyerahkan barangan keperluan lain antaranya selimut, kit solat, barangan keperluan pembersihan rumah, tuala wanita dan sumbangan tunai yang dapat memberi manfaat kepada mangsa banjir.
Terdahulu, YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Nai’m telah menyerahkan rumah kepada peniaga bahulu gulung di bawah Projek Sinar Lestari YaPEIM di Kampung Jarau, Pekan sebelum bergerak ke Dewan Felda Chini dan seterusnya ke Dewan Kampung Sarang Tiong, Rompin bagi mengagihkan bantuan banjir.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mangsa dan memanfaatkan mereka yang memerlukan. YaPEIM merakam ucapan jutaan terima kasih kepada para penyumbang Tabung Amanah YaPEIM termasuk mereka yang menyumbang secara potongan gaji bulanan.
Sumbangan anda telah memberi sinar harapan kepada penerima manfaat hari ini dalam meneruskan kelangsungan hidup mendepani ujian dan musibah.