PETALING JAYA, 25 Januari 2022 – Ar Rahnu YaPEIM telah melaksanakan Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu YaPEIM 2021. Kempen yang bermula pada 01 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021 itu mencatatkan jumlah transaksi penyertaan melebihi 400,000 dengan Nilai Marhun melebihi 1.7 billion.
Kesemua pemenang bertuah akan dihubungi pihak Ar Rahnu YaPEIM dalam masa terdekat. Pihak pengurusan YaPEIM mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelanggan Ar Rahnu YaPEIM yang berjaya dalam Cabutan Kesetiaan yang telah dijalankan hari ini.
Bersempena majlis Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu YaPEIM pada hari ini juga, sukacita dimaklumkan, Ar Rahnu YaPEIM mengumumkan dua kempen baru pada tahun 2022.
Kempen tersebut adalah Kempen Pasti Menang dan Kempen Memacu Kejayaan Bersama Usahawan (MKBU). Kempen Pasti Menang menyaksikn hadiah yang ditawarkan berupa 1.5 Kilogram Bar Emas bakal menanti para pelanggan Ar Rahnu YaPEIM.
Manakala bagi Kempen Memacu Kejayaan Bersama Usahawan (MKBU) hadiah yang ditawarkan berupa 11 Geran Pemasaran Digital bernilai RM5,000.00 setiap satu. Tempoh Kempen ini bermula pada 01 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.
Kaedah Penyertaan Kempen Pasti Menang seperti berikut :-
i. Gadaian dengan Nilai Marhun RM5,000.00 dan ke atas
ii. Melakukan 6 kali transaksi gadaian
iii. Tempoh gadaian selama 2 bulan setiap satu transaksi gadaian
Kaedah Penyertaan Kempen Memacu Kejayaan Bersama Usahawan (MKBU) seperti berikut :-
i. Terbuka kepada Pelanggan yang menggadai menggunakan Produk Ar Rahnu YaPEIM Bisnes dan Ar Rahnu YaPEIM Biznita
ii. Gadaian Nilai Marhun RM 3,000.00 dan Ke atas
Kempen ini merupakan penghargaan kepada para pelanggan Ar Rahnu YaPEIM bagi memberi galakan kepada masyarakat untuk bermuamalah berteraskan konsep patuh syariah.