Inspirasi Qaseh Kami : YaPEIM Imarahkan Ramadhan Dengan Agihan Pek Makanan Dan Bubur Lambuk
Kuala Nerus, 14 April : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Squad Qaseh Negeri Terengganu telah melaksanakan Program Inspirasi Qaseh Ramadhan YaPEIM dengan mengagihkan sumbangan 300 pek nasi, bubur lambuk, kuih-muih dan kurma pada 1 Ramadhan di Daerah Kuala Nerus, semalam. Agihan sumbangan ini diberikan kepada masyarakat sekitar yang terdiri daripada pelanggan Ar Rahnu […]
Pelanggan Setia Ar Rahnu YaPEIM Menang Cabutan Kesetiaan
Petaling Jaya, 13 April 2021 : Seramai 192 pelanggan bertuah Ar Rahnu YaPEIM memenangi satu gram wafer emas setiap seorang dalam Majlis Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu YaPEIM 2021 yang berlangsung di ibu pejabat yayasan, semalam. Kesemua pemenang dipilih bagi kempen cabutan untuk tempoh Januari sehingga Mac 2021 bagi cabutan suku tahunan kali pertama. Cabutan telah […]
YaPEIM, MTDC Jalin Kerjasama Lahir Usahawan Berinovasi
SUBANG JAYA, 09 APRIL – Gabungan kepakaran dan kemampuan dalam melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya maju serta berpandangan global bakal direalisasikan menerusi jalinan kerjasama strategik dua hala di antara Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC). Selaras dengan itu, satu memorandum persefahaman telah disepakati dan ditandatangani oleh YaPEIM dan […]
Emas memang dekat di hati saya – Datuk Seri Siti Nurhaliza
Kuala Lumpur, 7 April : Penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengakui dirinya merupakan peminat emas dan menjadikannya sebagai hobi selain dijadikan simpanan. “Emas memang dekat dengan diri saya, malah emas menjadi antara koleksi kegemaran saya selain sesuai dijadikan aset peribadi,” katanya ketika hadir pada majlis pelancaran Wafer dan Dinar Emas Yayasan […]
YaPEIM Lancar Akaun SERY, Simpanan Emas Masa Depan
Kuala Lumpur, 1 April : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melangkah satu tapak ke hadapan apabila memperkenalkan Akaun Emas YaPEIM atau singkatannya Akaun SERY yang bukan sahaja bertujuan meningkakan pendapatan Yayasan ini malah membantu masyarakat yang terkesan ketika pandemik COVID 19. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Dr Zulkifli […]
Inspirasi Qaseh Kami : Jalin kerjasama santuni mangsa banjir
Tanah Merah, 24 Mac : YaPEIM dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah serta Masjid Mukim Batang Merbau telah mengagihkan sumbangan tunai berjumlah RM15,000 kepada mangsa banjir di daerah itu, baru-baru ini. Seramai 30 keluarga yang terjejas akibat banjir baru-baru ini menerima sumbangan tunai bernilai RM500. Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Negeri YaPEIM Kelantan, […]
YaPEIM Anjur Seminar Inspirasi Emas, Bantu Masyarakat Tambah Pendapatan
Petaling Jaya, 11 Mac : Seminar Inspirasi Emas dianjurkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) selama dua hari iaitu bermula pada semalam berpeluang membantu masyarakat yang berminat dalam bidang emas untuk menjana pendapatan. Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM Parihah Hasan berkata, usaha yang dilaksanakan pihak YaPEIM ini bertujuan menarik lebih ramai individu di luar sana untuk […]
Inspirasi Qaseh Kami : MyHAUS lengkapi impian penoreh getah.
Tanah Merah, 28 Februari : Rumah milik Mohd Hilmi Ramly, 55, diberi nafas baru menerusi program MyHAUS yang dilaksanakan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). “Saya bersyukur sebaik menerima perkhabaran mengenai pencalonan nama saya sebagai penerima bantuan MyHAUS YaPEIM. “Setidaknya, saya dan ahli keluarga dapat mendiami rumah ini yang lebih selesa untuk masa depan lebih […]
Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan YaPEIM (KeSSKY) dan warga YaPEIM kongsi kesedihan.
Kuala Lumpur : “Arwah suami sempat membuat panggilan video selama 5 minit dan tidak menyangka itu merupakan kali terakhir saya menatap wajahnya,” Rosmaiza Shafi, 37.Rosmaiza dan suaminya Mohd Naser Nordin, 37 antara yang positif Covid-19 dan lebih memilukan, tulang belakang keluarga itu pergi meninggalkan mereka sekeluarga. “Selepas tujuh hari dirawat, arwah suami menghembuskan nafasnya yang […]
Inspirasi Qaseh Kami : Tiga negeri terima sumbangan YaPEIM, MBSB Bank.
Putrajaya, 18 Februari : Bantuan kepada mangsa banjir di tiga negeri mencakupi Johor, Kelantan dan Terengganu digerakkan hari ini dengan nilai sumbangan RM80,000. Penyerahan sumbangan berkenaan dilaksanakan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan kolaborasi bersama MBSB Bank Berhad menerusi program Inspirasi Qaseh Kami dan dilancarkan di Kompleks Islam Putrajaya. Majlis disempurnakan Menteri Di Jabatan […]