Anak-anak tahfiz diraikan dalam Program Infaq Qurban YaPEIM 2024

20 Jun 2024 – Pagi ini Madrasah Tahfiz Darul Mokhtar, Gombak menerima kunjungan Pengurusan YaPEIM bagi meraikan Program Infaq Qurban YaPEIM 2024 yang juga di bawah Program Ziarah Madani YaPEIM. Program yang bermula seawal jam 8 pagi disempurnakan oleh Ketua Divisyen Sumber Daya Insani Dan Perkhidmatan YaPEIM, Encik Nik Azlan bin Nik Abdullah. YaPEIM menyumbang […]

Asnaf, pelajar miskin terima bantuan YaPEIM

19 Jun 2024 – Pengurusan YaPEIM pagi ini singgah di Seksyen 4 Bangi untuk meraikan Program Ibadah Qurban YaPEIM 2024. Program yang dianjur dengan kerjasama Rumah Bakti Al-Kausar itu disempurnakan oleh Ketua Divisyen Tadbir Urus YaPEIM Encik Rozaidie bin Mustaffa. Seramai 100 dalam kalangan asnaf menerima sumbangan daging qurban, 30 pelajar menerima bantuan tunai RM100 […]

YaPEIM sumbang dua ekor lembu, anjur ibadah qurban di perkampungan Orang Asli

18 Jun 2024 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) berbesar hati menyumbang dua ekor lembu dan menyalurkan bantuan Foodbank kepada 200 keluarga masyarakat Orang Asli dari Batu 12 Gombak, Selangor. Sumbangan yang juga sebahagian daripada Program Ibadah Qurban YaPEIM 2024 telah berlangsung di Musolla Al-Hidayah Bukit Kala, Batu 12 Gombak hari ini dan disempurnakan […]

Ziarah keluarga ditimpa musibah kebakaran di Jasin

Sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka dijilat api dalam kebakaran yang berlaku pada jam 4 pagi beberapa hari yang lepas akibat litar pintas. Namun keluarga tersebut yg terdiri daripada sepasang suami isteri, anak serta seorang cucu bersyukur tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri Melaka dan Negeri Sembilan diwakili 3 Pegawai […]

14 guru pakar hasilkan video pembelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah

5 Jun 2024 – Seramai 14 guru pakar masing-masing bagi subjek Sejarah dan Bahasa Melayu telah menghasilkan 56 video (30 Sejarah) dan (26 Bahasa Melayu) yang dapat memanfaatkan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2024. Penghasilan video yang dijayakan dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bermula pada 26 Mei 2024 sehingga 2 Jun 2024 […]

3,000 usahawan sertai Halal on Track di Johor

4 Jun 2024 – Kira-kira 3,000 usahawan pelbagai kategori industri, agensi, institusi dan kementerian berkaitan pembangunan usahawan terlibat dalam Program Halal on Track (HOT) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, hari ini. Program anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia […]

MTHQK melabuhkan tirai

29 Mei 2024 – Usai sudah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi yang secara rasminya ditutup malam tadi. Tahniah kepada Mohamad Husaini Mahmud dari Negeri Sembilan dan Nor Hidayah Abd Rahman dari Terengganu yang masing-masing diumum sebagai johan qari dan qariah tahun ini. Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang […]

YaPEIM, TNB perkukuh kerjasama dua hala

27 Mei 2024 – Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YaPEIM Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed hari ini mengadakan kunjung hormat ke atas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan di ibu pejabat TNB di ibu negara. Kunjung hormat bertujuan meluaskan kerjasama strategik dalam aspek pembangunan sosioekonomi, pendidikan dan pembangunan sosial. Turut […]

Veteran ATM terima sumbangan YaPEIM

YaPEIM melalui Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Sabah telah bekerjasama dengan Persatuan Veteran ATM Cawangan Semporna bagi melaksanakan Program Inspirasi YaPEIM di Semporna, Sabah baru-baru ini. Program kali ini melibatkan sumbangan kepada 20 orang penerima veteran ATM yang menerima tunai RM150 dan bakul makanan YaPEIM bernilai RM100. Penerima manfaat terdiri daripada pesara ATM, balu dan keluarga […]

YaPEIM taja bar emas sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan

11 Mei 2024 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menaja bar emas berjumlah RM16,000 kepada bakal johan setiap kategori di Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan (MTHQK) tahun ini. Gimik serahan cek cura disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YaPEIM Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed kepada Menteri Besar Pahang YAB Dato’ Sri […]