Lambaian Terakhir

22 Januari 2025 – YAPEIM menyalurkan bantuan berjumlah RM7,200 kepada tiga orang anak yatim kematian bapa akibat kemalangan maut di bawah Program Sinar Kasih. Mereka akan menerima bantuan RM200 sebulan setiap seorang selama setahun. Masih terngiang-ngiang kata-kata, “Jumpa lagi, emak,” sambil melambai tangan kepada ibunya. Itulah lambaian terakhir Muhamad Khairi bin Abd. Khadir, 37, kepada […]
YAPEIM Hulur Sumbangan RM7,200 Kepada Anak Yatim Kematian Bapa Kemalangan Maut

Kuala Nerus, 27 Januari 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan bantuan berjumlah RM7,200 kepada tiga orang anak yatim yang kematian bapa akibat kemalangan maut di Kampung Alur Tuman, Marang di bawah Program Sinar Kasih yang merupakan bantuan RM200 sebulan setiap seorang selama setahun. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM Tuan […]
YAPEIM, AmBank Islamic meterai kerjasama bantu usahawan

28 Januari 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dan AmBank Islamic meterai kerjasama strategik bagi membantu usahawan asnaf dan B40 menerusi pelaksanaan Program iTEKAD. Majlis perasmian kerjasama strategik ini disempurnakan di Menara AmBank Islamic, Jalan Yap Kwan Seng, pada pagi ini. Dalam majlis berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Ameer Ali bin […]
YAPEIM Dengan Kerjasama Bursa Malaysia Santuni Mangsa Banjir Daerah Marang

Marang, 25 Januari 2025 – YAPEIM melalui Pejabat Pentadbiran YAPEIM Negeri Terengganu telah bekerjasama dengan Pejabat Daerah Marang dan Pejabat Pendidikan Daerah Marang bagi menyantuni mangsa banjir yang terjejas di Daerah Marang, Terengganu. Hasil kerjasama dengan Bursa Malaysia, YAPEIM telah mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada 250 orang penerima yang bernilai RM100 setiap orang dengan jumlah […]
YAPEIM Dengan Kerjasama Bursa Malaysia Santuni Mangsa Banjir

Rantau Panjang, 23 Januari 2025 – YAPEIM melalui Pusat Pentadbiran YAPEIM Negeri Kelantan telah bekerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Unit Rantau Panjang menyantuni seramai 250 orang mangsa banjir yang melibatkan 49 orang anggota APM dan 201 orang penduduk di 10 buah kampung yang terjejas akibat banjir. Hasil kerjasama dengan Bursa Malaysia, pihak YAPEIM telah […]
Islam Mekar Di Bumi Malaysia – Lima Agenda Amanat Al-Falah 2025 Dilancar

23 Januari 2025 – Kira-kira 350 pegawai dan kakitangan 14 buah agensi agama bersama ketua agensi masing-masing hadir ke Majlis Amanat dan Perhimpunan Agensi di Bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) 2025, pagi tadi. Majlis yang diadakan di Auditorium Masjid Putra, Putrajaya itu disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), […]
Lawatan kerja Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM ke Kedah

20 Januari 2025 (Isnin) – Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM (LPA), Tuan Abdul Khudus bin Mohd Naaim telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Pentadbiran YAPEIM Negeri (PPYN) Kedah & Perlis. Kedatangan Tuan Abdul Khudus bin Mohd Naaim telah disambut oleh Encik Mohd Fauzi bin Adnan, Pengurus YAPEIM Wilayah Utara, Puan Nor Syarfirah binti Samsuri Pengurus […]
YAPEIM Sertai Program Santuni Madani Anjuran JKSM

Pasir Puteh, 18 Januari 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menerusi Pejabat Pentadbiran YAPEIM Negeri Kelantan telah dijemput bagi memeriahkan Program Santuni Madani anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Program yang berlangsung di SMU (A) Diniah Permatang Rambai, Pasir Puteh turut dimeriahkan lagi dengan 23 agensi kerajaan Negeri Kelantan yang terlibat. Program yang berlangsung […]
Ke Arah Transformasi Budaya Cemerlang

Pada 15 dan 16 Januari 2025, Pengurusan dan Sekretariat YAPEIM telah bersama-sama menjayakan sesi Pelan Pembangunan Strategik Transformasi Budaya, sebuah langkah penting dalam membentuk hala tuju strategik organisasi. Sesi ini turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM Tuan Abdul Khudus bin Mohd Naaim yang menyampaikan aspirasi beliau untuk memperkukuhkan peranan YAPEIM sebagai sebuah […]
Program Pembersihan Pasca Banjir Bersama Skuad Musa’adah Al Falah Madani

Hulu Terengganu, 05 Januari 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menerusi Pejabat Pentadbiran YAPEIM Negeri Terengganu telah terlibat dalam misi pembersihan pasca banjir bersama Skuad Musa’adah Al-Falah Madani bersama agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Dalam misi ini, pihak YAPEIM bersama agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) […]