Agensi JPM Hal Ehwal Agama termasuk YaPEIM menyantuni mangsa banjir di Kota Tinggi, Johor
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Nai’m bin Haji Mokhtar petang ini ke Kota Tinggi bersama agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama) bagi menyantuni mangsa banjir di sana. Sebagai salah sebuah daripada agensi-agensi tersebut, YaPEIM hadir menyantuni sejumlah 120 keluarga mangsa bencana banjir di daerah […]
YaPEIM Agih Bantuan Kepada Mangsa Banjir di Baling
Baling, 6 Julai – Sejumlah 200 pek bungkusan makanan sedia dimakan bakal diagihkan kepada 200 keluarga mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara(PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai dan Surau An Nur Taman Mesra, Kupang. Skuad Qaseh YaPEIM kini sedang membuat penyediaan dari segi pembungkusan barangan dan sumbangan akan diagihkan pada petang ini. Anda juga boleh menyumbang […]
YaPEIM Edar 200 Foodbank kepada khariah Masjid Jamek Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 27 Ogos 2021 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini mengedarkan sumbangan berupa barangan keperluan asas bernilai RM10,000 kepada 200 penerima sekitar khariah Masjid Sultan Abdul Samad, di sini, hari ini. Penerima terdiri daripada golongan asnaf, keluarga B40 dan golongan yang terkesan akibat pandemik sudah dikenalpasti oleh pihak masjid dan akan […]
“Kami doakan kamu tabah”
Tidak bermaya, sugul dan sedih jelas terpancar di wajah rata-rata mangsa banjir kilat di kampung sekitar kaki Gunung Jerai di Yan dan Kuala Muda, ketika lawatan dilakukan wakil pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Parihah Hasan, hari ini. Tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata apa yang sedang dilalui mereka, sekurang-kurangnya bantuan awal yang dihulurkan YaPEIM […]
Inspirasi Qaseh Kami : YaPEIM agih sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Guar Sanji Perlis (GS-CARE)
Arau, 09 Ogos : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Skuad Qaseh YaPEIM Utara telah mengagihkan bantuan Foodbank Dryfood kepada Persatuan Kebajikan Guar Sanji Perlis (GS-CARE). Sebanyak 15O set barangan keperluan harian telah diserahkan kepada YB Ust Ridzuan Hashim, Adun Guar Sanji dan Setiausaha Persatuan Kebajikan Guar Sanji Perlis (GS-CARE), En. Saifur Ridzuan Mustafa. […]
FoodBank YaPEIM 3.0 santuni pelajar Universiti Teknologi Petronas
Seri Iskandar, 5 Julai : Seramai 150 orang pelajar dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) menerima bantuan makanan sedia untuk dimakan (RTE) melalui Program Foodbank YaPEIM 3.0, baru-baru ini. Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, adanya pelajar yang memilih untuk tidak pulang ke kampung halaman kerana beberapa kekangan di rumah dan memilih untuk terus kekal menjalani […]
Inspirasi Qaseh Kami : Menyantuni warga Kijang
Kota Bharu, 18 Mac : Seramai 30 keluarga asnaf menerima sumbangan bantuan Pasca banjir berjumlah RM15,000 melalui Program Inspirasi Qaseh Kami YaPEIM Negeri Kelantan, baru-baru ini. Pesanan dan nasihat ringkas oleh YB Timbalan Menteri kepada penerima sumbangan dalam ucapan beliau agar sentiasa rasa bersyukur kerana keperihatinan pemimpin dan Kerajaan untuk membantu masyarakat sambil berseloroh ‘sebelum […]
Inspirasi Qaseh Kami : Agihan daging segar YaPEIM satu kegembiraan.
Miri, 09 Mac : Squad Qaseh YaPEIM Sarawak berqaseh ke Surau Al Anbiya Lusut Jaya, Masjid Darul Hana Lambir, dan Masjid Al-Firdaus Taman Tunku bagi menyerahkan sumbangan Foodbank YaPEIM berupa 700 pek daging segar untuk diagihkan kepada penerima berpendapatan B40, asnaf, muallaf dan beberapa Individu yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik Covid-19. Pihak Pengerusi serta […]
Inspirasi Qaseh Kami : Dr Zulkifli, YaPEIM santuni golongan asnaf
Besut, 5 Mac : 50 asnaf di daerah ini menerima bantuan Foodbank Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Berdasarkan rekod, majoriti penerima merupakan mereka yang bekerja di sektor pembinaan, perikanan selain bekerja sendiri dalam usaha menampung perbelanjaan seisi keluarga. Sumbangan diserahkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri […]
Inspirasi Qaseh Kami : Penduduk Desa Mentari dirai hidangan percuma
Petaling Jaya, 6 Februari : Bangun seawal jam 6 pagi bagi menyediakan makanan kepada lebih 100 penduduk di Desa Mentari, di sini, ternyata satu usaha murni yang digembleng penduduk di kawasan itu bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik. Inisiatif turut diambil Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Persatuan Penduduk Petaling Jaya dan Ibu Pejabat […]