Seramai 250 keluarga dari tujuh kampung di Tampin terima foodbank
Tampin, 18 November – Seramai 250 keluarga dari tujuh kampung di daerah ini menerima manfaat barangan foodbank YaPEIM yang diagihkan di Masjid Kariah Kampung Repah, di sini, hari ini. Setiausaha Masjid Kariah Kampung Repah, Zainal Chap Pelok berkata, pengagihan barangan keperluan asas seperti beras dan minyak masak itu dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan. “Saya […]
YaPEIM Johor serah foodbank secara pandu lalu
Kota Tinggi, 4 November – Serahan bantuan Foodbank YaPEIM melalui kaedah pandu lalu kepada penduduk di sekitar Tanjung Sedili, di sini, semalam. Seramai 150 keluarga yang juga terdiri daripada nelayan dan peniaga kecil menerima bantuan berupa beras, minyak masak dan barang keperluan asas lain yang berlangsung di perkarangan pintu masuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan […]
Keluarga B40 syukur terima foodbank YaPEIM
Petaling Jaya, 24 Oktober – Pengawal keselamatan di pangsapuri Pelangi Damansara, di sini, tidak menyangka bantuan foodbank 2.0 YaPEIM dan bantuan satu kilogram daging segar diterima mereka hari ini. Menurut Ismail Ali, 59, gaji sebagai pengawal keselamatan yang diterimanya setiap bulan hanya ‘cukup makan’ dan bantuan yang diberikan hari ini sangat bermakna buatnya dan keluarga. […]
60 asnaf syukur terima Foodbank YaPEIM
Serdang, 23 Oktober – Seramai 60 asnaf dari kariah Masjid Al Muttaqin, Seri Kembangan, di sini, menzahirkan kesyukuran dengan pemberian bungkusan barangan keperluan asas Foodbank YaPEIM 2.0 dan satu kilogram daging segar hari ini. Nazir Masjid Al Muttaqin, Wan Jamali Wan Kamaruddin, 48, berkata, kesemua 60 asnaf itu dipilih daripada kalangan keluarga yang benar-benar memerlukan […]
Peniaga kecil syukur terima Foodbank YaPEIM selepas pendapatan terjejas
Shah Alam, 21 Oktober – Tiada kata dapat menggantikan keceriaan peniaga pasar malam, Sarimah Mohamed, 52, apabila menerima bantuan Foodbank YaPEIM 2.0 di Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN) Selangor, di Seksyen 19, di sini, hari ini. Sarimah memberitahu bantuan yang diterimanya hari ini diibarat tiba tepat pada masanya selepas terjejas hampir 80 peratus pendapatan perniagaan […]
430 Pelajar terima bantuan makanan YaPEIM
Selangor, 18 Oktober – Seramai 430 pelajar dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) gembira selepas terpilih menerima bantuan makanan Ready to Eat (RTE) dalam Program Foodbank 2.0 anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), kelmarin. Bantuan yang disalurkan kali ini mengambil kira kekangan serta […]
Anak yatim, YaPEIM kongsi bahagia.
Petaling Jaya, 17 Oktober – Foodbank YaPEIM 2.0 meluaskan perkongsian rezeki dan kali ini, Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari menjadi lokasi pilihan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi tujuan itu. “Sumbangan seumpama ini amat kami hargai malah menerusi bantuan Foodbank YaPEIM 2.0 ini sedikit sebanyak membantu pihak pengurusan pusat jagaan dalam mendidik dan melindungi […]
Foodbank YaPEIM bertandang ke Surau Wildan
Petaling Jaya, 17 Oktober – Ahli kariah Surau Wildan Subang Perdana menarik nafas lega dan bersyukur terima bantuan Foodbank YaPEIM. “Usaha yang dilakukan YaPEIM menerusi sumbangan seumpama ini sangat bertepatan di kala negara sedang dilanda pandemik Covid-19. “Semoga usaha murni ini dilaksanakan secara berterusan sekaligus dapat membantu lebih ramai masyarakat, ” kata Pengerusi Kariah surau […]
Penduduk Daerah Lambir Teruja Terima Bantuan YaPEIM
Sarawak, 15 Oktober – Seramai 50 penduduk b40 dari daerah Lambir menerima bantuan makanan Ready to Eat (RTE) pada program Foodbank YaPEIM 2.0 di Masjid Darul Hana Lambir, di sini semalam. Sumbangan diserahkan Pegawai Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN) Sarawak dan turut dihadiri Ketua Kampung, En.Arabi Dawet serta jawatankuasa Masjid. Sumbangan yang diberikan adalah makanan […]
Seramai 124 pelajar PICOMS lega terima foodbank YaPEIM
Kuala Lumpur, 13 Oktober – Seramai 124 pelajar dari Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS), di sini lega apabila menerima bantuan makanan Ready To Eat (RTE) pada Program Foodbank YaPEIM 2.0, semalam. Bantuan yang disalurkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) pada kali ini mengambil kira kekangan serta kesulitan yang dihadapi pelajar yang tidak […]