YaPEIM Salur Bantuan Musaadah Covid19 Somalia
Kuala Lumpur, 7 Ogos – Sebaik mendengar keluh kesah permasalahan kehidupan warga Somalia menetap di Malaysia yang diceritakan sendiri dutanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri segera mengambil langkah prihatin dengan menyalurkan sumbangan. Menyedari kesusahan warga Somalia itu ketika pademik Covid-19 dan tempoh perintah kawalan pergerakan ini untuk mereka […]
Pesakit kanser mendapat perhatian YaPEIM
Selangor, 18 Oktober – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyampaikan sumbangan Musaadah COVID-19 (Foodbank) kepada pesakit kanser Rahim Abdullah, 61, yang menghidap Co3 tumor tahap empat, di sini, semalam. Menerusi bantuan di bawah program “Inspirasi MusaadahCovid19 YaPEIM” ini sedikit sebanyak dapat membantu keperluan harian Rahim sekeluarga yang perlu menanggung empat anaknya yang masih belajar. […]
Balu mangsa kemalangan tragik dibantu YaPEIM
Kulai, 18 Oktober – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyampaikan sumbangan Musaadah COVID-19 (Foodbank) kepada Nurul Asyiken Amir, 31, di Taman Sayong Pinang, Bandar Tenggara, di sini, kelmarin yang baru sahaja kehilangan suaminya baru-baru ini akibat kemalangan jalan raya. Arwah, Mohd Rizal Buseri, 31 maut ditempat kejadian apabila kenderaan yang dinaikinya dirempuh sebuah kenderaan […]
Pesakit kronik dibantu YaPEIM
Parit, 16 Oktober – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyampaikan sumbangan Musaadah COVID-19 kepada pesakit kronik Sharayah Hashim di Kampung Bawah Bungor dan Kahirudin Hamzah di Kampung Padang Bola, di sini, semalam. Sharayah dikenal pasti menghidap penyakit kencing manis menyebabkan kedua kakinya dipotong. Beliau turut mengalami masalah hilang ingatan, hilang deria penglihatan dan deria […]
YaPEIM bantu baik pulih rumah asnaf
Sandakan, 20 September – “Sebelum ini rumah saya kerap dinaiki air apabila berlaku fenomena air pasang, kadang kala air akan naik setinggi 1.5 meter menyebabkan ada bahagian rumah yang terjejas. “Saya bersyukur apabila YaPEIM sudi menghulurkan sumbangan tunai sekali gus rumah saya dapat dibaik pulih.” Kata Sara Abdul Majid, 67, penerima manfaat pada program penyerahan […]
Kelompok B40 Terus Disantuni
BUKIT PAYONG – 200 penerima dari golongan B40 disantuni oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di bawah Program #Inspirasi Musaadah Covid 19. Para penerima ini dikenalpasti melalui pimpinan masyarakat setempat telah menerima sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung dan lain-lain. Sumbangan ini adalah sepenuhnya usahasama YaPEIM, JAWHAR, YWM, YTWP selaku agensi […]
100 Penerima Asnaf dan B40 Menerima Sumbangan
ALOR GAJAH, 10 JULAI 2020 – 100 penerima dari golongan B40 dan asnaf disantuni oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) di bawah Program Inspirasi Musaadah Covid 19. Para penerima ini dikenalpasti melalui pimpinan masyarakat setempat serta kerjasama dari Jawatankuasa & Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) telah menerima sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, […]
Dua Keluarga Asnaf Mendapat Perhatian YaPEIM
BALOK, 3 JULAI 2020 – SIMPATI dengan nasib yang menimpa dua buah keluarga asnaf di Balok, Pahang, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) tampil menyalurkan sumbangan di bawah Program Inspirasi Musaadah YaPEIM. Penerima pertama, Rohana Binti Iman, 39 tahun menetap di Kg Balok, merupakan seorang ibu tunggal dan bekerja sebagai pembantu kedai. Beliau yang mempunyai […]
100 Nelayan Sekitar Balok Disantuni
BALOK, 3 JULAI 2020 – PRIHATIN dengan kesusahan yang dialami, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini tampil menyalurkan sumbangan kepada 100 orang nelayan di sekitar Balok, Pahang di bawah Program Inspirasi Musaadah YaPEIM. Para nelayan yang terdiri dari golongan B40 dan asnaf ini telah dikenalpasti melalui pimpinan masyarakat setempat serta kerjasama dari Lembaga […]