Delegasi YaPEIM adakan kunjung hormat ke Bursa Malaysia

15 Ogos 2024 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) mengadakan kunjungan hormat ke atas Bursa Malaysia Berhad petang ini bagi membincang ruang untuk berkolaborasi.

Delegasi YaPEIM diketuai Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarahnya Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed manakala Bursa Malaysia diketuai Pengerusi Bukan Eksekutifnya Tan Sri Abdul Wahid bin Omar.

Pertemuan yang diadakan di ibu pejabat Bursa Malaysia di ibu negara bertujuan meluaskan kerjasama strategik dalam program-program YaPEIM termasuk berkaitan pendidikan, kemasyarakatan dan keusahawanan.

Turut hadir dari YaPEIM Ketua Divisyen Sumber Dana Puan Parihah Hasan, Ketua Seksyen Sumber Dana Korporat YM Tengku Idzmul Aziim bin Tengku Alang dan Ketua Seksyen Sumber Dana Runcit Encik Mohd Idham bin Mohamed Yunus.

Tuan rumah juga diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Muhamad Umar Swift dan Naib Presiden Eksekutif Bursa Suq Al-Sila’ Tuan Shamsul Akmal Ahmad.

Loading