Foodbank YaPEIM 5.0 kepada 30 Ketua Isi Rumah daerah Tungku, Sabah

Tungku, 18 Ogos 2024 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menerusi Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri Sabah telah menyerahkan sumbangan melalui Program Foodbank YaPEIM 5.0 kepada 30 Ketua Isi Rumah (KIR) di daerah Tungku.

Sumbangan foodbank YaPEIM telah disampaikan kepada penerima bersempena Program Sahabat Maritim anjuran Maritim Lahad Datu bertempat di Kg. Bangingod, Tungku. 

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Leftenan Maritim Mohd Firdos bin Ayob selaku Pengarah Maritim Zon Lahad Datu dan disaksikan oleh Pegawai YaPEIM Sabah. 

Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti pameran agensi, sukan dan sukan rakyat turut diadakan semasa program ini. 

Semoga usaha bantuan ini berjalan dengan lancar dan segala ibadah yang dikerjakan diterima Allah SWT.  

Program ini dilaksanakan hasil daripada sumbangan orang ramai melalui Rakan Strategik YaPEIM.

Mari komited berinfaq dan peroleh pahala setiap bulan secara berterusan melalui pautan berikut 

https://infaqpay.my/go/yapeim?referrer=PPYN011

Loading