Forum Perdana Ehwal Islam kupas isu dakwah secara inklusif

28 Jun 2024 – Menjadi satu penghargaan kepada YaPEIM dalam membawakan program Forum Perdana Ehwal Islam yang bersiaran langsung dari Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya semalam.

Turut bersama dalam membawakan rancangan bual bicara yang popular itu adalah Universiti Multimedia, Telekom Malaysia, DRB Hicom, Bank Islam Malaysia Berhad, JAKIM dan RTM.

“Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing”, adalah topik yang dikupas para panel berhubung peranan dakwah korporat melalui Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM yang dibentuk untuk memperkukuh nilai-nilai dakwah.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada moderator dan ahli panel yang berjaya membincangkan topik ini secara inklusif serta penuh berilmiah.

Hadir sama, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar dan Timbalan Ketua Pengarah YaPEIM, Tuan Haji Awang@Musran bin Tawil.

Tidak ketinggalan, YaPEIM turut membuka reruai dalam majlis berkenaan bagi memperkenalkan pelbagai program terutama skim Rakan Strategik Infaq (RSI) YaPEIM.