11 Februari 2025 – Ibu tunggal dan lima anaknya kini mampu tersenyum selepas dibantu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menerusi manfaat Sinar Kasih.
Puan Shafira binti Rasli hilang tempat bergantung selepas suaminya Tony bin Sumiran meninggal dunia secara mengejut di tempat kerja pada 21 Mei tahun lalu menyebabkan dia bersama lima lagi anaknya hidup dalam keadaan serba kekurangan.
Bagaimanapun kisah Puan Shafira mendapat perhatian YAPEIM menerusi Pejabat Pentadbiran YAPEM Negeri (PPYN) Sarawak yang segera menyalurkan bantuan.
Lima anak kepada Allahyarham Tony bin Sumiran yang berusia antara 4 bulan dan 11 tahun menerima bantuan Sinar Kasih yang melibatkan bantuan RM200 seorang selama 12 bulan. Sinar Kasih merupakan bantuan yang diberi kepada keluarga yang kematian pencari nafkah.
Sumbangan disampaikan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Ameer Ali bin Vali Mohamed di Kampung Asajaya Laut, Asaja, semalam.
Puan Shafira menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan pihak YAPEIM kepada mereka sekeluarga.
YAPEIM mengucapkan terima kasih kepada penyumbang Tabung Amanah YAPEIM kerana dengan sumbangan dan infak orang ramai makan lebih ramai golongan yang kurang bernasib baik seperti keluarga Puan Shafira dapat dibantu.


