Maklumat Jawatan:
- Kumpulan : Eksekutif Pengurusan (EP)
Jawatan/ Gred : Penolong Pengurus – Penolong Pengurus Kanan (EP1-EP4)
Taraf Jawatan: Tetap/Kontrak
Skala Gaji : RM3,400 hingga RM8,250
Penempatan : Petaling Jaya, Selangor
DESKRIPSI TUGAS
- Membantu membuat penyelidikan dan memberikan nasihat undang-undang kepada syarikat dalam pelbagai aspek seperti kontrak perjanjian, litigasi, pelaburan, dasar, pengurusan risiko, kewangan, pekerjaan dan harta intelek.
- Bekerjasama dengan dengan peguam syarikat dan pihak luar dalam membantu menyelesaikan berkaitan kontrak dan undang-undang secara profesional dan tepat pada masanya.
- Membantu mengenal pasti, menyemak dan menguruskan potensi risiko undang-undang terhadap syarikat yang selaras dengan keperluan undang-undang semasa dan pematuhan terhadap tadbir urus korporat.
- Sentiasa mengikuti perkembangan terkini tentang perubahan dalam rangka kerja perundangan dan kawal selia yang berkaitan, mengambil tindakan segera dan sewajarnya, jika perlu.
- Membantu memberikan perkhidmatan sokongan kepada penyelarasan dan pelaksanaan dasar undang-undang, prosedur dan tadbir urus syarikat dan anak-anak syarikatnya.
- Membantu pengurusan kontrak dalam aktiviti pra-kontrak dan selepas kontrak secara sistematik seperti penjejakan dan pelaporan pengurusan kontrak, penilaian lanjutan masa, pembangunan dan penambahbaikan berterusan SOP pengurusan kontrak dan borang-borang berkaitan.
- Melaksanakan sebarang tugas-tugas lain yang diarahkan dan diberikan oleh syarikat.
SYARAT PERMOHONAN
- Lulus Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Lulus peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) atau lulus peperiksaan Akhir Peguam (Bar Examination).
- Berpengalaman minimum 3 tahun dalam perundangan korporat, firma guaman atau sebagai penasihat undang-undang dalaman yang berkaitan perundangan seperti pengurusan kontrak, litigasi, komersial, kewangan dan tadbir urus korporat.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan secara lisan dan visual untuk menyampaikan pandangan atau cadangan dengan jelas dan ringkas kepada pelanggan, rakan-rakan strategik dan pegawai atasan.
- Berfikiran strategik, analitikal, proaktif, berintegriti dan boleh bekerja dalam suasana pantas.
- Teliti, teratur dan komited untuk menghasilkan hasil kerja berkualiti tinggi.
- Berkemahiran menganalisa masalah dan memberikan penyelesaian masalah dan perhatian kepada perincian dan ketepatan.
- Warganegara Malaysia dan berumur tidak melebihi 55 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
CARA MEMOHON:
- Sila kemukakan salinan resume, kad pengenalan, sijil akademik dan transkrip serta sijil-sijil lain yang berkaitan melalui e-mel ke psy@yapeim.my.
- Sila pastikan alamat e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi adalah yang terkini dan aktif.
- Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.
- Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan dibuat, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
- Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 Januari 2024.
Versi PDF -> Klik sini