Kami ingin mempelawa permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan secara kontrak sebagaimana yang berikut:
MAKLUMAT JAWATAN
Nama Perjawatan : Ketua Seksyen Pengurusan Portfolio
Status Tawaran : Kontrak 2 tahun
DESKRIPSI TUGAS
- Bertanggungjawab untuk merancang, mengenalpasti, menganalisa dan mencadang rancangan baharu dan yang sedia ada termasuk pelaburan hartanah yang lebih efektif yang akan memberi pulangan maksima kepada YAPEIM selaras dengan objektif Seksyen dalam meningkatkan pendapatan, keuntungan dan kelestarian selaras dengan polisi dan garis panduan pelaburan yang ditetapkan dengan mengambil kira penggunaan sumber seperti manusia, kewangan, sistem dan prasarana.
- Menyemak kertas cadangan pelaburan dan dokumen-dokumen sokongan agar lengkap sebelum dibentangkan kepada pihak Pengurusan, Jawatankuasa Khusus yang berkaitan dan juga Task Force Pengurusan Hartanah serta Lembaga Pemegang Amanah (LPA) untuk mendapatkan kelulusan untuk membuat pelaburan.
- Memastikan pelaksanaan, pemantauan dan penganalisaan dan menyediakan laporan dan dokumentasi berkaitan, secara berkala untuk pengurusan dan/atau rekod/simpanan, termasuk Pengurusan dokumentasi hartanah.
- Memantau dan menyelenggara hartanah-hartanah sedia ada bagi memastikan nilai hartanah tersebut sentiasa terpelihara dan terjamin.
- Merujuk kepada Seksyen Undang-Undang untuk mengkaji dan menyemak isi kandungan kontrak perjanjian supaya kepentingan YAPEIM dan Institusi Milik Penuh/Institusi di bawah Kawalan YAPEIM terjaga dan terlindung sebelum kontrak perjanjian dipersetujui dan ditandatangani.
- Menyedia dan menyemak polisi, garis panduan dan SOP yang melibatkan aktiviti di bawah Seksyen Pengurusan Portfolio.
- Membangunkan petunjuk-petunjuk prestasi utama (KPI) dengan Seksyen Perancangan dan Penyelarasan dan menyediakan strategi pelaksanaan untuk mencapai KPI.
- Bekerjasama dengan Seksyen-Seksyen yang lain sekiranya berkaitan.
- Bertanggungjawab sebagai Setiausaha Jawatankuasa Pelaburan dan Kewangan YAPEIM bagi memastikan kelancaran persediaan, perjalanan dan tindakan susulan mesyuarat.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Lulus Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Ekonomi, Perakaunan, Pelaburan, Hartanah atau kelayakan yang setaraf dengannya.
- Berpengalaman minimum 5 tahun dalam bidang berkaitan pengurusan hartanah penyelenggaraan, dan pelaburan.
- Berkemahiran mengelola dan menganalisis data.
- Kebolehan menguasai dan memproses maklumat secara keseluruhan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi (pemasaran) yang berkesan dan bersedia untuk bertugas di lapangan (jika berkaitan).
- Kebolehan menyediakan rumusan dan statistik berdasarkan data.
- Berorientasikan pencapaian dan garis masa pelaksanaan.
- Warganegara Malaysia dan berumur tidak melebihi 55 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
CARA PERMOHONAN:
- Sila kemukakan salinan resume, kad pengenalan, sijil akademik dan transkrip serta sijil-sijil lain yang berkaitan melalui emel ke psy@yapeim.my.
- Sila pastikan alamat emel dan nombor telefon untuk dihubungi adalah yang terkini dan aktif.
- Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.
- Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan dibuat, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
- Tarikh tutup permohonan ialah pada 29 November 2024.
Versi PDF -> Klik sini