Kami ingin mempelawa permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan secara kontrak sebagaimana yang berikut:
MAKLUMAT JAWATAN
Nama Perjawatan : KETUA SEKSYEN PENTADBIRAN KESETIAUSAHAAN
Status Tawaran : Kontrak (2 Tahun)
DESKRIPSI TUGAS
- Memberi khidmat kesetiausahaan dalaman dalam mengurus dan mentadbir amalan kesetiausahaan dan keperluan kesetiausahaan korporat mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.
- Membantu dalam penyelarasan dan pengendalian mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah dan Jawatankuasa Lembaga.
- Memastikan komunikasi dan penyelarasan yang berkesan mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Lembaga dan ahli-ahlinya.
- Menyediakan atau memastikan penyediaan minit mesyuarat dan resolusi pekeliling yang berkaitan dengan mesyuarat yang ditetapkan.
- Membantu penyediaan mesyuarat dan selepas mesyuarat, mesyuarat agung dan mesyuarat pengurusan dalaman, apabila perlu.
- Menyediakan kertas mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah mengenai tadbir urus korporat dan hal-hal kesetiausahaan.
- Menasihati Lembaga Pemegang Amanah dan Pengurusan mengenai hal-hal tadbir urus korporat.
- Mengendalikan hal-hal kesetiausahaan bagi pelbagai bidang kuasa termasuk agensi dan anak syarikat sekiranya diminta.
- Memastikan pematuhan kepada peruntukan enakmen korporat, pelaporan/pemfailan berkanun dan tadbir urus korporat.
- Memastikan dokumen dan fail dinamakan, disimpan dan diselenggara dengan betul.
- Menyelia pegawai bawahan di bawah Seksyen Pentadbiran Kesetiausahaan bagi memastikan kerja-kerja dijalankan dengan baik dan cekap mengikut garis masa yang telah ditetapkan.
- Melapor terus kepada ketua Divisyen Undang-undang dan Kesetiausahaan bagi urusan dibawah Seksyen Pentadbiran Kesetiausahaan.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Lulus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Awam/Perniagaan, Perakaunan, Pengajian Polisi, Pengurusan Perniagaan, Undang-Undang atau kelayakan yang setaraf dengannya.
- Sijil profesional kesetiausahaan dan keahlian diberi keutamaan.
- Berpengalaman minima 7 tahun dalam bidang yang berkaitan.
- Pengalaman minima 3 tahun yang terakhir sebagai Pengurus dalam bidang yang sama, adalah satu kelebihan.
- Kemahiran pentadbiran dan kemampuan menggunapakai perisian teknologi maklumat.
- Pengetahuan umum tentang undang-undang syarikat dan Akta berkaitan serta pengalaman menguruskan hal-hal berkaitan LPA atau Lembaga Pengarah.
- Peka dengan urusan protokol dan pengurusan pemegang taruh (stakeholder management)
- Pengurusan masa yang baik, mampu bekerja mengikut garis masa yang ditetapkan dan berorientasikan hasil.
- Berfikiran strategik dalam penyelesaian masalah, kemahiran interpersonal yang baik, memiliki tahap akauntabiliti, etika dan integriti yang tinggi.
- Boleh bekerja secara sendiri dan berkumpulan.
- Warganegara Malaysia dan berumur tidak melebihi 55 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
CARA PERMOHONAN:
- Sila kemukakan salinan resume, kad pengenalan, sijil akademik dan transkrip serta sijil-sijil lain yang berkaitan melalui emel ke psy@yapeim.my.
- Sila pastikan alamat emel dan nombor telefon untuk dihubungi adalah yang terkini dan aktif.
- Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.
- Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan dibuat, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
- Tarikh tutup permohonan ialah pada31 Disember 2024.
Versi PDF -> Klik sini