Kami ingin mempelawa permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan secara kontrak sebagaimana yang berikut:
MAKLUMAT JAWATAN
Nama Perjawatan : KETUA SEKSYEN SYARIAH
Status Tawaran : Kontrak (2 Tahun)
DESKRIPSI TUGAS
- Bertanggungjawab untuk membuat perancangan, pelaksanaan serta pemantauan program/aktiviti/ produk YAPEIM dan Kumpulan, bagi memenuhi keperluan Syariah berpandukan nasihat Jawatankuasa Syariah.
- Menjalankan tugas-tugas berkaitan selaku Sekretariat kepada Jawatankuasa Syariah.
- Menjalankan kajian ke atas isu-isu dan perkembangan semasa berkaitan Syariah untuk dilaksanakan di YAPEIM dan Kumpulan.
- Bertanggungjawab untuk mengenalpasti program penarafan serta menyediakan kaedah pemantauan terhadap pematuhan Syariah dalam pelaksanaan program/aktiviti/produk YAPEIM dan Kumpulan.
- Mengenalpasti, membangunkan dan menyampaikan (deliver) modul latihan berkaitan pematuhan Syariah secara korelasi dengan pelbagai bidang yang relevan dengan kerjasama Seksyen-Seksyen/IMP/IBK yang berkaitan.
- Mengenalpasti dan mengawal isu-isu kritikal berkaitan pematuhan Syariah.
- Mengumpulkan maklumat dan cadangan berkaitan untuk mendapatkan nasihat dan keputusan daripada Jawatankuasa Syariah.
- Menyediakan panduan, maklumat atau SOP yang berkaitan untuk dijadikan rujukan dalaman YAPEIM dan Kumpulan.
- Hubungkait dalam organisasi termasuk penyelarasan tugas dengan fungsi pemantauan dan pematuhan dengan kerjasama Seksyen Audit Dalam.
- Menyelaraskan program dan aktiviti kerohanian/ keagamaan untuk warga YAPEIM dan Kumpulan dengan kerjasama Seksyen Sumber Daya Insani dan Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi.
- Membangunkan petunjuk-petunjuk prestasi utama (key performance indicators) dengan Seksyen Perancangan dan Penyelerasan dan menyediakan strategi pelaksanaan untuk mencapai KPI.
- Menyediakan pelaporan berkala untuk pihak pengurusan, Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pemegang Amanah.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Lulus Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang pengajian Islam/Syariah/ Muamalat/ Kewangan dan Perbankan Islam atau kelayakan yang setaraf dengannya.
- Berpengalaman sekurang-kurangnya 7 tahun dalam pelaksanaan Muamalat Syariah, semakan audit pematuhan Syariah, pembangunan dokumentasi dan proses kerja berkaitan pematuhan Syariah.
- Pengalaman minima 3 tahun yang terakhir dalam tahap Pengurusan dalam bidang yang sama.
- Kemahiran dalam bidang Fiqh Muamalat.
- Pengetahuan asas dalam hubungkait pelaksanaaan perundangan dan Syariah .
- Pengetahuan dalam pembangunan dokumentasi dan rujukan kepada sumber Syariah.
- Pengetahuan dalam pembangunan parameter atau modul latihan berkaitan pematuhan Syariah serta pengedaliannya.
- Kemahiran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan asas Bahasa Arab.
- Keperibadian dan perwatakan yang sesuai dengan tugasan pengawasan Syariah Warganegara Malaysia dan berumur tidak melebihi 55 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
CARA PERMOHONAN:
- Sila kemukakan salinan resume, kad pengenalan, sijil akademik dan transkrip serta sijil-sijil lain yang berkaitan melalui e-mel ke psy@yapeim.my.
- Sila pastikan alamat e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi adalah yang terkini dan aktif.
- Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.
- Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan dibuat, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
- Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Disember 2024
Versi PDF -> Klik sini