Kami ingin mempelawa permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan secara kontrak sebagaimana yang berikut:
MAKLUMAT JAWATAN
Penempatan : UNIT DIGITAL DAN SISTEM
Status Tawaran : Tetap
DESKRIPSI TUGAS
- Bertanggungjawab menyelesaikan isu-isu teknikal, menguruskan dan menyokong sistem harian dan pangkalan data di YAPEIM untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap.
- Bertanggungjawab untuk mendokumentasikan masalah dan penyelesaiannya, serta menyediakan panduan dan latihan kepada pengguna.
- Bertanggungjawab untuk mengurus belanjawan IT, menilai dan memilih vendor teknologi, serta memastikan pematuhan terhadap piawaian dan peraturan YAPEIM.
- Terlibat dalam perancangan strategik dan transformasi, pembangunan polisi dan prosedur ICT, dan pengurusan projek digital dan sistem.
- Bertanggungjawab mengkaji, menganalisis dan mereka bentuk sistem dan pangkalan data yang sedia ada dan baharu di YAPEIM.
- Bertanggungjawab dalam pelaksanaan sistem baharu dan penambahbaikan sistem lama.
- Bertanggungjawab memastikan pembangunan sistem mengikut masa dan bajet yang ditetapkan.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Lulus Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Teknologi Maklumat atau kelayakan yang setaraf dengannya.
- Berpengalaman minimum 5 tahun dalam bidang berkaitan yang berkaitan.
- Berkemahiran dalam penulisan dan tatabahasa Bahasa Melayu.
- Perancangan dan Analisa.
- Mempunyai teori berkaitan IT.
- Berpengetahuan dalam pengurusan dokumen.
- Warganegara Malaysia dan berumur tidak melebihi 55 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
CARA PERMOHONAN:
- Sila kemukakan salinan resume, kad pengenalan, sijil akademik dan transkrip serta sijil-sijil lain yang berkaitan melalui emel ke psy@yapeim.my.
- Sila pastikan alamat emel dan nombor telefon untuk dihubungi adalah yang terkini dan aktif.
- Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.
- Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan dibuat, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
- Tarikh tutup permohonan ialah pada 2 Disember 2024.
Versi PDF -> Klik sini