Maklumat Jawatan:
- Kumpulan : Pengurusan Profesional (PP)
Jawatan/Gred : Pengurus (PP6)
Taraf Jawatan: Tetap/Kontrak
Skala Gaji : RM5,400 hingga RM9,900
Penempatan : Petaling Jaya, Selangor
DESKRIPSI TUGAS
- Mengurus teknologi maklumat dan sistem komputer termasuk, tidak terhad kepada system pengendalian, pengurusan komputer meja/riba, peralatan audio visual, aplikasi perisian, pelayan (servers), sistem rangkaian, sistem e-mel, pencetak, CCTV dan akses pintu.
- Merancang, mengurus, mengawal dan menilai operasi sistem maklumat dan pemprosesan data elektronik.
- Membangun dan melaksanakan dasar dan prosedur serta rangka kerja untuk pemprosesan data elektronik dan operasi dan pembangunan sistem komputer.
- Menguruskan belanjawan dan perbelanjaan teknologi maklumat.
- Memastikan teknologi boleh diakses dan dilengkapi dengan perkakasan dan perisian semasa.
- Memantau dan menyelenggara teknologi untuk memastikan capaian maksimum oleh semua pengguna yang dibenarkan.
- Bertanggungjawab untuk membangun, menyelaras dan melaksana projek teknologi maklumat untuk ibu pejabat dan semua cawangan.
- Penyelenggaraan dan pembaikan kepada semua reka bentuk teknologi komunikasi, perkakasan, perisian dan sistem pengendalian rangkaian.
- Mengekalkan log isu pembaikan dan penyelenggaraan serta masa tindak balas.
- Melatih pengguna baru dan sedia ada sistem teknologi maklumat.
- Membangunkan dan mengekalkan prosedur keselamatan untuk semua data dan maklumat elektronik.
- Bertanggungjawab untuk mengesan, memantau, menganalisa dan menyelesaikan sebarang isu yang melibatkan pendedahan maklumat dan keselamatan syarikat.
- Mengekalkan inventori semasa dan tepat bagi semua perkakasan teknologi, perisian dan sumber.
SYARAT PERMOHONAN
- Lulus Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Komputer atau kelayakan yang setaraf dengannya.
- Berpengalaman minimum 7 tahun dalam bidang berkaitan pengurusan teknologi maklumat.
- Berpengetahuan dan berkemahiran dalam pengurusan teknikal, analisa maklumat, pentadbiran rangkaian, pemasangan rangkaian dan pengurusan bersistematik terhadap perkakasan dan perisian komputer.
- Mempunyai pengalaman dalam membangunkan laman sesawang adalah satu kelebihan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan, berdikari dan boleh bekerja dalam suasana pantas.
- Warganegara Malaysia dan berumur tidak melebihi 55 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
CARA MEMOHON:
- Sila kemukakan salinan resume, kad pengenalan, sijil akademik dan transkrip serta sijil-sijil lain yang berkaitan melalui e-mel ke psy@yapeim.my.
- Sila pastikan alamat e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi adalah yang terkini dan aktif.
- Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.
- Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan dibuat, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
- Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 Januari 2024.
Versi PDF -> Klik sini