Iklan Jawatan Kosong Unit Digital dan Sistem

Kami ingin mempelawa permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan secara kontrak sebagaimana yang berikut:

MAKLUMAT JAWATAN

Penempatan : UNIT DIGITAL DAN SISTEM
Status Tawaran : Tetap

DESKRIPSI TUGAS

  1. Bertanggungjawab menyelesaikan isu-isu teknikal, menguruskan dan menyokong sistem harian dan pangkalan data di YAPEIM untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap.
  2. Bertanggungjawab untuk mendokumentasikan masalah dan penyelesaiannya, serta menyediakan panduan dan latihan kepada pengguna.
  3. Bertanggungjawab untuk mengurus belanjawan IT, menilai dan memilih vendor teknologi, serta memastikan pematuhan terhadap piawaian dan peraturan YAPEIM.
  4. Terlibat dalam perancangan strategik dan transformasi, pembangunan polisi dan prosedur ICT, dan pengurusan projek digital dan sistem.
  5. Bertanggungjawab mengkaji, menganalisis dan mereka bentuk sistem dan pangkalan data yang sedia ada dan baharu di YAPEIM.
  6. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan sistem baharu dan penambahbaikan sistem lama.
  7. Bertanggungjawab memastikan pembangunan sistem mengikut masa dan bajet yang ditetapkan.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Teknologi Maklumat atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  2. Berpengalaman minimum 5 tahun dalam bidang berkaitan yang berkaitan.
  3. Berkemahiran dalam penulisan dan tatabahasa Bahasa Melayu.
  4. Perancangan dan Analisa.
  5. Mempunyai teori berkaitan IT.
  6. Berpengetahuan dalam pengurusan dokumen.
  7. Warganegara Malaysia dan berumur tidak melebihi 55 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

CARA PERMOHONAN:

  1. Sila kemukakan salinan resume, kad pengenalan, sijil akademik dan transkrip serta sijil-sijil lain yang berkaitan melalui emel ke psy@yapeim.my.
  2. Sila pastikan alamat emel dan nombor telefon untuk dihubungi adalah yang terkini dan aktif.
  3. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.
  4. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan dibuat, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
  5. Tarikh tutup permohonan ialah pada 2 Disember 2024.

Versi PDF -> Klik sini

Loading