YAPEIM telah menyumbang 1,000 pek juadah berbuka puasa buat para jemaah di Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Perdana Menteri yang berlangsung malam tadi.
Majlis penuh keberkatan yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya ini telah menghimpunkan lebih 10,000 umat Islam daripada pelbagai latar belakang, bersatu dalam suasana keindahan Ramadan.
Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dan isteri YABhg Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Dr Wan Ismail menyantuni mereka yang hadir.
Majlis turut disemarakkan dengan tausiah yang menyentuh jiwa oleh Sahibul Fadilah Dato’ Badli Shah Alauddin, Timbalan Mufti Pahang, bertajuk “Ramadan Pemacu Ummah”. Perkongsian penuh hikmah ini menyuntik inspirasi untuk kita terus memperkukuh keimanan dan kesatuan sebagai umat Islam.
Semoga program seperti ini terus menjadi pemangkin kepada perpaduan serta kasih sayang sesama kita, menyemarakkan roh Ramadan yang suci.









