Kota Bharu, 18 Mac : Seramai 30 keluarga asnaf menerima sumbangan bantuan Pasca banjir berjumlah RM15,000 melalui Program Inspirasi Qaseh Kami YaPEIM Negeri Kelantan, baru-baru ini.
Pesanan dan nasihat ringkas oleh YB Timbalan Menteri kepada penerima sumbangan dalam ucapan beliau agar sentiasa rasa bersyukur kerana keperihatinan pemimpin dan Kerajaan untuk membantu masyarakat sambil berseloroh ‘sebelum ini YaPEIM dah bagi Foodbank dan hari ini wang tunai pula’.
Menurut Che Ku Che Razali, 49 berkata beliau berasa sangat bersyukur kerana dengan sumbangan yang diterima pada hari ni amat diperlukan tambahan pula untuk digunakan membeli peralatan rumah yang rosak akibat banjir yang lalu.
Dengan sumbangan yang dihulurkan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh penerima.
Serahan sumbangan ini disampaikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Datuk Ahmad Marzuk Bin Shaary.
Setiap keluarga menerima sumbangan berupa wang tunai berjumlah RM500 dan turut hadir dalam menjayakan program ini adalah Muhammad bin Sulaiman, Setiausaha Dun Kijang, Kedai Buloh.
Pihak YaPEIM merakamkan jutaan terima kasih kepada para Penyumbang Skim Potongan Gaji YaPEIM yang telah menyumbang kepada Tabung Amanah YaPEIM.