Putrajaya, 18 Februari : Bantuan kepada mangsa banjir di tiga negeri mencakupi Johor, Kelantan dan Terengganu digerakkan hari ini dengan nilai sumbangan RM80,000.
Penyerahan sumbangan berkenaan dilaksanakan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan kolaborasi bersama MBSB Bank Berhad menerusi program Inspirasi Qaseh Kami dan dilancarkan di Kompleks Islam Putrajaya.
Majlis disempurnakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan hadir sama Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM Parihah Hasan.
Terima kasih kepada semua penyumbang dan semoga Allah S.W.T merahmati segala urusan kita.